Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan bahawa pengadil kebangsaan, Nazmi Nassaruddin, dipilih menyertai kursus FIFA World Cup Candidate 2026, sekali gus menjadi antara calon pengadil utama bagi Piala Dunia 2026, yang akan mengambil tempat di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico.


