Nazmi Terpilih Sebagai Calon Pengadil Piala Dunia 2026

14 Feb 2024 • 12:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Nazmi Terpilih Sebagai Calon Pengadil Piala Dunia 2026

Pengadil Malaysia, Muhammad Nazmi Nasaruddin dilapor telah terpilih untuk menyertai kursus ‘FIFA World Cup Candidate 2026’.

Pemilihan tersebut sekali gus menjadikan Nazmi merupakan salah seorang calon pengadil utama Piala Dunia 2026.

Perkara itu dimaklumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook sebentar tadi.

Kursus FIFA World Cup Candidate 2026 dilapor akan bermula pada 25 hingga 29 Januari ini di Qatar.

Manakala Piala Dunia 2026 dijadual akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico pada 11 Jun hingga 19 Julai 2026.

Menurut FAM, prestasi cemerlang Nazmi dan dua pembantunya ketika mengadili perlawanan di Piala Asia Qatar turut mendapat pengiktirafan daripada FIFA dan AFC.

Pengiktirafan itu sekali gus membolehkan Nazmi terpilih secara merit bagi mengikuti kursus tersebut.

Dalam kursus berkenaan, Nazmi juga akan diuji melalui beberapa siri kursus anjuran FIFA dan AFC.

Ia termasuk mengadili dalam perlawanan-perlawanan anjuran FIFA dan AFC sebagai syarat pemilihan secara merit ke Piala Dunia 2026.

Menerusi kenyataan itu lagi, FAM turut berkongsi pencapaian dan sejarah penglibatan Nazmi dalam dunia pengadil sukan bola sepak.

image is not available
Kredit FAM

Mula terlibat dalam dunia pengadil sukan bola sepak sejak 2010

Menurut FAM, Nazmi mula menceburi bidang pengadil bola sepak sejak tahun 2010.

Beliau merupakan pengadil Malaysia pertama yang mengadili perlawanan AFC Champions League menggunakan Video Assistant Referee (VAR).

Perlawanan itu berlangsung pada 20 September 2023 di Thailand melibatkan Buriram United menentang kelab China, Zhejiang FC.

Menurut FAM lagi, Nazmi telah mengadili enam perlawanan AFC Champions League menggunakan VAR bersama dua pembantunya sepanjang tahun 2023 lalu.

Dua pembantunya adalah Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid.

Selain itu, Nazmi turut pernah dijemput untuk mengadili beberapa perlawanan Liga Arab Saudi pada 2023.

Semoga impian Malaysia untuk melihat rakyatnya beraksi di atas padang Piala Dunia akan tercapai. Kalau bukan sebagai pemain, mungkin sebagai pengadil.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved