Nazri serah watikah pelantikan kepada Presiden Biden

Politics
19 May 2023 • 8:41 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ketika sesi penyerahan kepada Presiden Joe Biden, Mohamed Nazri menyatakan komitmen Malaysia dalam mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat yang telah lama terjalin. - Gambar White House

KUALA LUMPUR - Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah menyerahkan watikah pelantikan beliau sebagai Duta Besar kepada Presiden negara itu, Joe Biden di White House baru-baru ini.

Ketika sesi penyerahan itu, Mohamed Nazri menyatakan komitmen Malaysia dalam mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan AS yang telah lama terjalin.

“Hubungan diplomatik Malaysia dan Amerika Syarikat yang bertaraf Comprehensive Partnership telah menyaksikan beberapa kejayaan sejak ia mula terjalin pada 1957.

“Pada 2022, Amerika Syarikat telah diletakkan di tangga ketiga sebagai rakan dagangan utama, negara ketiga terbesar sebagai destinasi eksport dan antara yang keempat sebagai sumber import,” kata pejabat kedutaan Malaysia di Washington dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Dalam pertemuan tersebut, Mohamed Nazri ditemani isterinya Datin Seri Haflin Saiful. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved