ND Lala & Fauziah Sah Bercerai, Bakal Tuntut Hak Ikut Undang-undang

Entertainment
5 Sep 2023 • 5:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setelah beberapa episod kontroversi yang melanda, penyanyi era 80-an tempatan ND Lala akhirnya bercerai secara sah dengan isterinya, Fauziah Sarman.

Sebelum ini, pelantun lagu Kata Tak Sekata mengucapkan lafaz cerai melalui voice note (rakaman suara) di WhatsApp pada 2 Ogos lalu dan Fauziah memberitahu lafaz itu telah disahkan oleh hakim mahkamah syariah.

Menurut laporan Harian Metro, Fauziah yang berjubah hitam hadir pada prosiding pengesahan lafaz cerainya dengan ND Lala di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi tadi.

image is not available

Difahamkan, lafaz cerai itu diperdengarkan di hadapan Hakim Ahmad Muttaqi Ismail pada jam 10.30 pagi tadi.

Fauziah berkata dia kini berharap agar Allah memberikannya kekuatan dan ingin memulakan hidup baru bersama anak, menantu, cucu dan sahabat yang sentiasa ada bersama di sisinya.

“Mengenai apa perancangan selepas ini, saya belum membuat sebarang keputusan lagi. Namun, segala yang berhak menjadi hak saya sepanjang perkahwinan kami, insya-Allah akan saya tuntut mengikut undang-undang.

Diharapkan semua dapat mendoakan saya dan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada saya selama ini. Hanya Allah saja dapat membalasnya” katanya.

Sebagai info, pasangan itu sudah pun mendirikan rumah tangga selama 34 tahun dan dikurniakan 4 cahaya mata, salah seorangnya adalah penyanyi terkenal, Shila Amzah.

Harap semuanya baik-baik sahaja…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.