Nedim Bajrami Lakar Sejarah, “Gol 23 Saat” Rekod Gol Terpantas Dalam Sejarah Euro

16 Jun 2024 • 4:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Nedim Bajrami Lakar Sejarah, “Gol 23 Saat” Rekod Gol Terpantas Dalam Sejarah Euro

Pemain Albania, Nedim Bajrami, menjaringkan gol selepas hanya 23 saat pada perlawanan pembukaan Euro 2024 menentang Itali pada Sabtu, secara tidak langsung mencatat rekod gol terpantas dalam sejarah Kejohanan Eropah.

Bajrami memecahkan rekod gol terpantas sebelum ini yang dicatat oleh pemain Russia, Dmitri Kirichenko yang menjaringkan gol dalam 67 saat ketika menentang Greece pada tahun 2004.

Bajrami, yang bermain untuk kelab Sassuolo di Itali, memanfaatkan lontaran lemah oleh pemain Itali, Federico Dimarco, sebelum melepaskan rembatan ke dalam gawang dalam perlawanan Kumpulan B menentang juara bertahan.

Bagaimanapun, Itali bertindak pantas menyamakan kedudukan melalui Bastoni pada minit ke-11 sebelum Nicolo Barella meledak gol kemenangan Azzurri pada minit ke-16.

Dalam pada itu, antara senarai gol terpantas dalam kejohanan itu termasuklah jaringan Luke Shaw untuk England ketika menentang Itali dalam perlawanan akhir Euro 2020 di Wembley tiga tahun lalu.

Shaw menjaringkan gol selepas hanya satu minit dan 56 saat, menjadikannya gol keenam terpantas dalam kejohanan ini. Itali bagaimanapun bangkit memenangi perlawanan akhir itu menerusi sepakan penalti.

Sumber: The Hindu