Nedim beri kata-kata romantis buat Nadia Brian -“Dia sebab hari buruk saya tak menang”

EntertainmentLifestyle
23 Dec 2025 • 11:53 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan Nedim Nazri atau Boss Ned mencuri perhatian peminat apabila berkongsi foto romantis bersama pelakon Nadia Brian di Instagram, menampilkan Nadia anggun berbaju gaun merah jambu sambil memegang beg tangan.

Beri kata-kata sweet buat Nadia Brian

Menerusi kapsyen yang disertakan bersama foto tersebut, Nedim menyatakan bahawa Nadia merupakan sebab mengapa hari-hari buruknya tidak menang, seolah memberi semangat dan kegembiraan dalam hidupnya.

 “Dia adalah sebab hari-hari buruk saya tidak menang,” tulisnya.

image is not available

Nadia Brian balas emoji hati

Nadia turut membalas hantaran itu dengan emoji hati biru di ruangan komen, dan memuat naik semula perkongsian di Insta Story miliknya.

image is not available

Peminat beri kelulusan

 perkongsian Nedim telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial apabila masing-masing teruja melihat keakraban mereka.

Mereka juga merasakan Nadia dan Nedim terlihat sesuai serta mendoakan agar hubungan mereka dipermudah.

image is not available

Harap Nedim dapat jaga Nadia

image is not available

Semoga dipermudahkan urusan mereka

image is not available

Suka tengok mereka

image is not available

Artikel lain: “Dia bapa yang penyayang…”- Nadia Brian selesa berkawan, sudah sebulan kenal hati budi Nedim

Difahamkan, pasangan ini baru memasuki fasa serius kira-kira sebulan lalu dan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Sebelum ini, Nedim pernah berkahwin dengan pelakon Nora Danish dan dikurniakan seorang anak lelaki, Neyqal, sebelum bercerai pada Julai 2024, manakala Nadia pula pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Muizz Nasruddin pada 2019, namun bercerai pada April 2021.

Sumber: Instagram boss_ned