Neelofa Kongsi Foto Bilal Pakai Pelitup Muka, Tokti Komen Gebu Macam Afwa

25 Sep 2022 • 3:20 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Bilal dan Jebat - Gambar Instagram Neelofa

Sejak kebelakangan ini, selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa dilihat rajin berkongsi foto serta video anaknya iaitu Muhammad Bilal. 

Sedikit demi sedikit isteri kepada PU Riz itu 'belanja' foto Bilal dari pelbagai sudut.

Terbaru Neelofa telah muatnaik foto Bilal dari pandangan hadapan. Tetapi wajah Bilal dilitupi dengan pelitup muka serta bahagian matanya diletakkan 'sticker' berbentuk kaca mata hitam.

"Hanya akan tanggalkan pelitup muka ini demi donat," tulisnya di bahagian kapsyen. 

Biarpun masih tidak mendedahkan keseluruhan wajah Bilal, namun netizen serta rakan selebriti tetap geram melihat tangan Bilal yang gebu dan berketul. 

"Alololo. Betul Lofa cakap gebu-gebu macam Afwa ya," tulis Datuk Sri Siti Nurhaliza di bahagian komen. 

image is not available
Tangkapan layar komen di akaun Instagram Neelofa

Sebelum ini ramai yang menyamakan wajah Bilal persis sepupunya iaitu Jebat Jayden yang merupakan anak kepada kakak Neelofa iaitu Noor Nabila bersama bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad. 

Tak sabar rasanya nak lihat wajah penuh Bilal. Januari tahun depan genaplah setahun usia Bilal. Mungkin waktu itu baru satu Malaysia dapat tatap wajah Bilal. Sama-sama kita nantikan. - Getaran, 25 September 2022