Neelofa luah rasa kecewa, prasekolah yang dipilih untuk Bilal tak membenarkan ibu bapa akses CCTV

Family & Parenting
14 Sep 2023 • 10:38 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Usahawan dan juga selebriti terkenal, Neelofa meluahkan rasa kecewa apabila prasekolah yang dipilih untuk anak sulungnya, Muhammad Bilal mengenakan peraturan tidak membenarkan ibu bapa mengakses rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau anak-anak mereka.

Menerusi perkongsian di Instagram (Story), Neelofa turut menyelitkan satu artikel yang menyatakan prasekolah diwajibkan memasang CCTV pada Julai 2024.

“Memandangkan minggu depan Bilal akan memulakan prasekolah, saya tanya sekiranya ibu bapa boleh akses CCTV di prasekolah tetapi tidak dibenarkan.

“Bukan apa, kawan saya berkongsikan dekat sekolah anaknya, ibu bapa boleh akses CCTV bila-bila masa saja,” tulisnya di media sosial.

image is not available

Perkongsiannya itu bagaimanapun tular dan mendapat perhatian netizen sehingga ada yang mencadangkan agar selebriti tersebut mengupah guru peribadi buat anaknya.

Untuk info, Neelofa dan Pu Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua orang anak lelaki. Anak sulungnya, Muhammad Bilal dilahirkan pada 29 Januari tahun lalu manakala anak keduanya yang diberi nama Abdulla Abbas dilahirkan pada 11 Julai lalu.

Terdahulu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berhasrat menguatkuasakan udang-undang pemasangan sistem kamera litar tertutup ke atas setiap premis prasekolah yang berdaftar bagi menangani kes penderaan kanak-kanak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved