Neelofa mahu hafal 70 doa nabi – “Belum terlambat untuk mula”

EntertainmentLifestyle
22 Oct 2025 • 3:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Nor berkongsi usahanya dalam mempelajari dan mendalami ilmu agama demi kehidupan yang lebih baik.

Hafal 70 doa nabi

image is not available

Menerusi hantaran di Instagram Story, Neelofa mendedahkan dirinya berada di fasa mahu mendekatkan diri dengan Islam dan berusaha menghafal beberapa doa yang diamalkan oleh nabi.

Aktres drama Suri Hati Mr. Pilot itu turut memasang niat untuk menghafal sebanyak 70 doa nabi beserta maknanya sehingga Disember ini.

image is not available

“4 doa Nabi yang nak dihafal untuk minggu ini Insha-Allah. Last week, dapat hafal tiga doa baru alhmadulillah.

“Target nak hafal 70 doa Nabi. Ingat, hafal, lancar, baca dan faham makna by Disember. Sekarang mungkin ada 20 lebih baru dengan izin Allah,” kata Neelofa, hari ini.

Dalam pada itu, dia menjelaskan sebab perkongsian itu dibuat kerana tidak mahu timbul salah faham melainkan sekadar memberi semangat melakukan sesuatu perkara yang baik.

image is not available

“Kenapa saya kongsi perkara ni? Untuk kongsi semangat. It is never too late to start.

“Asalkan ada semangat dan kemahuan. Jom sama-sama,” terangnya.

Sebelum ini, pelakon itu mendedahkan dirinya mempelajari sesuatu yang besar daripada anaknya, Muhammad Bilal, yang mampu menghafal doa-doa harian dengan lancar meskipun baru berusia tiga tahun.

Difahamkan, momen itu, menjadi titik perubahan dalam hidupnya sebagai seorang ibu dan hamba Allah.

Sumber: Instagram neelofa

View Original Article