Neelofa reviu papan pemotong dapur, netizen terkejut tengok harga – “Takpelah, matikan niat”

Home & LivingLifestyle
17 Jul 2026 • 4:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perkongsian pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa mengenai sebuah papan pemotong dapur mencuri perhatian netizen kerana reka bentuknya yang begitu unik.

Image from: Neelofa reviu papan pemotong dapur, netizen terkejut tengok harga – “Takpelah, matikan niat”

Menerusi hantaran yang dikongsikan semula di Threads itu, ramai memuji rekaan papan pemotong berkenaan yang dilihat moden, praktikal dan memudahkan urusan penyediaan makanan di dapur.

Bagaimanapun, keterujaan netizen bertukar sebaliknya selepas mengetahui harganya mencecah RM2,831 bagi pilihan material walnut seperti dipaparkan dalam tangkap layar yang dikongsikan salah seorang peminat.

 “Sebab Neelofa share terus berkenan.. Dah tengok harga, ok takpe lah bukan hari-hari masak pun ,” tulis salah seorang pengguna Threads.

Image from: Neelofa reviu papan pemotong dapur, netizen terkejut tengok harga – “Takpelah, matikan niat”

Hantaran itu turut mengundang pelbagai reaksi lucu daripada netizen yang mengakui papan pemotong tersebut sememangnya cantik dan memudahkan kerja di dapur, namun harganya dianggap terlalu tinggi untuk kegunaan harian.

Kita mampu tengok je

Image from: Neelofa reviu papan pemotong dapur, netizen terkejut tengok harga – “Takpelah, matikan niat”

Tengok harga terus matikan niat

Image from: Neelofa reviu papan pemotong dapur, netizen terkejut tengok harga – “Takpelah, matikan niat”

Sebelum ini, kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila juga pernah mencuri perhatian warganet apabila menggunakan ubat nyamuk premium bernilai kira-kira RM239 sekotak.

Difahamkan, produk berjenama Diptyque Paris tersebut mengandungi enam keping ubat nyamuk dalam setiap kotak dan harga bagi sekotak ubat nyamuk itu dikatakan bernilai ratusan ringgit.

Sumber: Threads miyamiyaaa9

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved