Neelofa sedia berdamai dengan Fazura, penat asyik ‘diapi-apikan’ netizen

9 Nov 2023 • 6:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Selebriti terkenal, Neelofa memaklumkan yang dia sedia berdamai dengan aktres popular Fazura kerana sudah tidak larat dengan sengketa berlarutan selama 13 tahun ini.

Sengketa perlu dihentikan segera

Memetik laporan dari Mstar, Neelofa menyatakan yang dia sedia bersemuka dengan isteri pelakon, Fattah Amin itu bagi merungkai segala permasalahan yang berlaku.

“Saya rasa perkara ini perlu dihentikan, kena letak titik noktah.

“Sebab bila fikir balik perkara ini dah sampai 13 tahun, jadi saya rasa sekiranya diberi peluang dan ruang untuk saya berdamai, saya akan sambut dengan baik

“Saya rasa Fazura pun akan buat benda yang sama,” katanya.

image is not available

Neelofa rasa berdamai akan beri kesan kepada peminat kedua2 pihak

Ujarnya, dia sudah penat dikaitkan dengan kontroversi yang melibatkan Fazura dan ikhlas mahu menamatkan segala salah faham yang terwujud sebelum ini.

“Kalau kedua-dua pihak boleh membuat perkara ini (berdamai) ia boleh beri kesan kepada peminat saya dan Fazura untuk ambil kebaikan.

“Tiada lagi nak api-apikan, tiada sebab pihak Fazura tidak berbuat seperti yang saya hendak lakukan ini.

“Saya rasa dua-dua pun nak move forward… Kalau asyik kena api-api dengan netizen saya pun dah tak larat,” ujarnya.

image is not available

Sebelum ini, tular di media sosial apabila ada dakwaan mengatakan yang peminat Neelofa menuduh Fazura menanggalkan tudung dan memasuki kelab malam sewaktu berada di Jakarta.

Susulan daripada itu, Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Shariffuddin, 40 meminta agar mana-mana pihak berhenti dari mengeluarkan kenyataan tidak benar sehingga boleh menjatuhkan reputasi dirinya.

image is not available

Walaupun mengakui bahawa sukakan hiburan, namun tuduhan mengatakan dia masuk ke kelab malam adalah satu fitnah yang cukup berat.

Sumber: Mstar (Amin Hazlan)