Mahu Berdamai, Neelofa Sedia Bertemu Dengan Fazura

9 Nov 2023 • 8:54 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Mahu Berdamai, Neelofa Sedia Bertemu Dengan Fazura

Setelah dikaitkan dengan perselisihan faham yang berpanjangan, selebriti dan usahawan, Noor Neelofa, 34, memaklumkan berlapang dada untuk berdamai dengan rakan artis, Nur Fazura, lapor Media Hiburan.

Dalam satu temubual, Neelofa mengatakan sudah tiba masanya perkara tersebut dinoktahkan setelah berlarutan sehingga berbelas tahun.

“Bila saya fikir balik, sudah berbelas tahun perkara ini berlaku. Takkan saya nak tunggu berpuluh tahun baru nak lakukan sesuatu.

“Jika saya diberikan peluang dan ruang untuk berdamai dan meletakkan segalanya di belakang, saya akan sambut dengan baik. Saya rasa Fazura pun akan buat benda yang sama.

“Jika kedua-dua belah pihak boleh lakukan perkara ini, saya rasa ia akan memberi kesan baik kepada peminat masing-masing. Tiada lagi pihak yang akan mengapi-apikan,” ujarnya.

image is not available
Gambar: Instagram @neelofa

Bekas pengacara hiburan popular MeleTOP itu berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Air Minuman Moma x Neelofa di Le Meridien Hotel hari ini.

Menurutnya lagi, masing-masing juga sudah berkeluarga.

“Saya percaya, dua-dua pun nak teruskan hidup, nak buat bisnes dan sebagainya. Kalau asyik diapi-apikan lagi, saya pun dah tak larat nak lalui.

“Kami sebenarnya tiada apa-apa. Saya nampak dia pun tak ada cari pasal atau cakap apa-apa pasal saya. Yang lebih-lebih adalah orang luar yang tak ada kaitan dengan hidup kami,” ujarnya.

image is not available
Gambar: Instagram @missfazura

Ketika ditanya mengenai adakah dia sudah bersedia bertentang mata dengan pelakon itu, dia menjelaskan tidak mempunyai masalah sekiranya diberikan peluang.

I would love to meet her“, katanya.

Sebelum ini, konflik antara Neelofa dan Fazura dipercayai mula tercetus sejak keterlibatan Neelofa dalam industri tersebut.