Neelofa Tersinggung, Ada Individu Selamba Sebar Video Bilal Di Media Sosial 

11 Oct 2022 • 8:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Neelofa (tengah) bersama Tya Arifin (kiri) dan Lisa Surihani yang bakal menjadi tetamu jemputannya dalam program Next to Neelofa. - Gambar Wafa Aula

Kecewa dengan tindakan individu yang menyebarkan video putera sulungnya sehingga tular, selebriti popular Neelofa mengakui tersinggung dengan perbuatan yang disifatkannya sebagai  tidak menghormati privasi keluarga.

Neelofa turut mendedahkan sudah berbincang dengan suaminya untuk memilih masa yang sesuai mendedahkan wajah anak mereka, Muhammad Bilal kepada umum. Namun apakandaya, terdapat pula individu tidak bertanggungjawab seolah-olah melangkaui kerjanya sebagai ibu.

image is not available
Tangkap layar Video Bilal yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab. - Gambar Internet

“Sebagai seorang ibu, tentulah hal itu menyinggung perasaan saya. Bila ada sesiapa nampak Bilal di luar, tak apalah. Saya takkan halang. 

“Tapi bila kongsikan (video), saya rasa macam dia tidak menghormati saya. Bagilah saya sebagai seorang ibu yang melahirkan kongsikan wajah anak saya terlebih dahulu. 

“Saya dan suami sudah merancang bila masa yang sesuai untuk kami kongsikan Bilal kepada umum,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media Next to Neelofa musim kedua. 

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Nor turut berkongsi perkembangan terkini anaknya yang sudah mula pandai merangkak. 

Dalam perkembangan lain, Neelofa bakal tampil dengan rancangan bual bicara Next to Neelofa bersama tetamu undangan sepanjang lapan episod. 

Next to Neelofa musim kedua bakal bersiaran di Astro Ria bermula 22 Oktober setiap Sabtu, jam 10 malam. Antara selebriti yang bakal memeriahkan bual bicara itu adalah Lisa Surihani, Tya Arifin, Mira Filzah, Ziana Zain dan ramai lagi. - Getaran, 11 Oktober 2022