Neelofa tersinggung tidak dihormati sebagai ibu, persoal netizen sebar gambar Bilal

Entertainment
11 Oct 2022 • 9:47 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PENGACARA dan usahawan, Neelofa diketahui tidak mendedahkan wajah anaknya, Muhammad Bilal kepada umum sejak dilahirkan.

Bagaimanapun, tular di laman sosial TikTok penyebaran foto seorang bayi yang didakwa sebagai Muhammad Bilal.

Menerusi video yang dikongsi portal hiburan tempatan, Neelofa menzahirkan kekecewaannya atas perbuatan warga maya yang tidak bertanggungjawab berkongsi foto Bilal kepada umum.

Neelofa menyifatkan perbuatan itu langsung tidak menghormati perasaan beliau dan suami, Haris Ismail.

image is not available

 

“Macam inilah, sebagai seorang ibu semestinya benda tu (kongsi wajah) menyinggung perasaan saya. Kalau anda semua nampak Bilal di luar, tak akan saya nak sorok muka.

“Kalau anda kongsikan pada media sosial, seperti tidak hormati saya. Saya tidak pernah halang ketika di luar. Kenapa anda nak buat tindakan selanjutnya sedangkan saya belum lagi buat?” Katanya.

image is not available

Neelofa menegaskan beliau dan suami sudah merancang untuk berkongsi wajah anak sulung mereka pada satu masa nanti.

“Memanglah akan sampai ke masa itu. Saya sudah rancang dengan suami bila waktu yang sesuai. Kenapa anda nak juga jadi yang pertama sebarkan?” tuturnya.

image is not available

Baru-baru ini tular di laman sosial foto bayi lelaki didukung seorang wanita dipercayai Neelofa.

Neelofa dan Haris yang bernikah pada 27 Mac 2021 menyambut kelahiran Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.

Baca juga:

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi