Negara di landasan tepat kurangkan kebergantungan bawang merah import

3 Feb 2024 • 9:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa negara berada di landasan yang tepat dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada bawang merah import.

Beliau berkata, perkara itu adalah susulan kejayaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menghasilkan tiga varieti Bawang Merah Mardi iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3 tahun lepas.

"Tahun 2024 adalah masa untuk kita mengorak langkah kepada penanaman secara besar-besaran.

"Bersama kita mampu jayakannya!,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Sebelum ini, Mohamad ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2024 Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata kementerian itu akan memberi fokus untuk mengukuhkan industri bawang tahun ini.

Dalam memenuhi matlamat pengurangan import bawang sebanyak 30 peratus, beliau berkata kementeriannya menyasarkan kawasan penanaman seluas 1,447 hektar. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved