“Negara kehilangan sosok wanita inspirasi” – Fadhlina Sidek ucap takziah pemergian Tun Hasmah

LocalPolitics
28 Sep 2026 • 11:02 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menyifatkan pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sebagai satu kehilangan besar buat negara, khususnya kepada golongan wanita.

Image from: “Negara kehilangan sosok wanita inspirasi” – Fadhlina Sidek ucap takziah pemergian Tun Hasmah

Menerusi ucapan takziahnya, Fadhlina berkata Allahyarhamah merupakan sosok wanita yang menjadi sumber inspirasi kepada ramai wanita di Malaysia.

“Takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali atas pemergian beliau.
“Negara kehilangan seorang sosok wanita yang menjadi inspirasi kepada ramai wanita di Malaysia,” tulisnya di Facebook, hari ini.

Menurut Fadhlina, pemergian Allahyarhamah bukan sahaja dirasai oleh keluarga, malah meninggalkan kesan kepada masyarakat yang mengenali sumbangan beliau sepanjang hayat, khususnya dalam bidang kesihatan dan kebajikan.

Image from: “Negara kehilangan sosok wanita inspirasi” – Fadhlina Sidek ucap takziah pemergian Tun Hasmah

Katanya, segala jasa serta khidmat bakti yang dicurahkan Allahyarhamah kepada masyarakat akan terus dikenang dan menjadi sebahagian daripada legasi yang ditinggalkan buat generasi akan datang.

“Jasa Allahyarhamah dalam bidang kesihatan dan kebajikan masyarakat akan terus dikenang,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Fadhlina turut menitipkan doa agar roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.

Untuk info, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), pagi ini dan berita pemergian Allahyarhamah disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Sumber: Facebook Fadhlina Sidek

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved