“Negara kita ada masalah bekalan insulin” – Doktor Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan

Entertainment
22 Nov 2024 • 5:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila baca perkongsian daripada Dr Aliff Zaki ini, rasa macam tersedar seketika kerana ramai yang kurang cakna tentang kesihatan. Manakan tidak, jika diperhatikan sekarang, terlalu banyak makanan viral yang kita suka ‘kejar’ tanpa memikirkan jumlah kandungan gula, lebih-lebih lagi manisan yang melampu-lampau.

Mengejar nikmat makanan sampai lupa kesannya kepada kita nanti, buktinya, Dr Aliff Zaki kongsikan menerusi laman X miliknya bahawa negara kita kini sedang mengalami masalah bekalan insulin.

Lebih menyedihkan, stok bekalan insulin sangatlah rendah dan berada di tahap kritikal sehinggakan pesakit yang bergantung kepada insulin yang sedia ada juga terpaksa dicatu.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, ada individu mendedahkan bahawa sistem kesihatan negara kita dah hampir lumpuh bahkan generasi doktor pula makin berkurang, jadi adalah penting untuk kita menjaga kesihatan dan amalkan gaya hidup sihat sebelum terlambat, pendedahan itu dipersetujui oleh Dr Aliff sendiri.

image is not available

image is not available

Rasa seram bila baca, harap jagalah kesihatan dan rajin-rajin lah bersenam.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.