‘Negara Lain Boleh Kiamat Jika Eksport Minyak Sawit Dihentikan’ – Menteri Pertanian Indonesia

WorldBusiness & Finance
3 Nov 2026 • 3:28 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

‘Negara Lain Boleh Kiamat Jika Eksport Minyak Sawit Dihentikan’ – Menteri Pertanian Indonesia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Menteri Pertanian Indonesia, Amran Sulaiman mendakwa negara lain boleh berdepan kesan besar malah mengalami ‘kiamat’ sekiranya Indonesia menghentikan eksport minyak sawit mentah (CPO).

Menurut Amran, kedudukan Indonesia sebagai pengeluar minyak sawit terbesar dunia memberikan negara itu kuasa tawar yang kuat dalam sektor perdagangan antarabangsa.

Hal ini kerana jelasnya, minyak sawit Indonesia selama ini dieksport ke beberapa negara besar termasuk India, China, Pakistan dan Amerika Syarikat.

“Persoalan saya, kalau eksport ini dihentikan kemudian dijadikan biodiesel untuk kegunaan dalam negara, adakah negara lain akan ‘kiamat’? Kiamat, ya. Adakah kesannya lebih dahsyat daripada senjata nuklear atau bom atom? Ya, lebih dahsyat,” katanya semalam (2 November).

‘Kesan Henti Eksport Minyak Sawit Lebih Dahsyat Daripada Bom Atom’ – Amran

Tambahnya, minyak sawit merupakan komoditi strategik yang mempunyai pengaruh besar terhadap landskap perdagangan dunia kini.

“Ini contoh bagaimana minyak sawit boleh mengubah dunia. Kesannya jauh lebih dahsyat daripada bom atom. Jauh lebih dahsyat daripada senjata nuklear. Ia boleh mengubah landskap dunia,” katanya, dipetik Kompas.

Susulan itu, kerajaan Indonesia kini sedang giat mengurangkan kebergantungan sumber daripada pihak luar khususnya dalam memenuhi keperluan bekalan makanan dan tenaga.

Indonesia Telah Capai Tahap Sara Diri – Amran

Dedahnya, Indonesia telah mencapai tahap sara diri bagi lapan daripada 11 komoditi makanan strategik bagi aspek bekalan makanan.

Lapan komoditi untuk kegunaan domestik itu merangkumi:

  • Beras
  • Jagung untuk makanan ternakan
  • Bawang merah
  • Cili besar
  • Cili padi
  • Daging ayam
  • Telur ayam
  • Gula

Indonesia Usaha Tingkatkan Pengeluaran Kacang Soya, Bawang Putih & Haiwan Ruminan Supaya Tak Perlu Lagi Harapkan Hasil Import – Amran

Pun begitu, Indonesia masih bergantung kepada import bagi kacang soya, bawang putih dan haiwan ruminan.

Jelas menteri berkenaan, kerajaan sedang berusaha meningkatkan pengeluaran ketiga-tiga komoditi tersebut bagi mencapai tahap sara diri dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan mengurangkan kebergantungan terhadap negara luar.

Amran dalam masa sama turut memberi jaminan bahawa jumlah import bagi ketiga-tiga komoditi terbabit tidak melebihi 5% daripada keseluruhan keperluan penggunaan domestik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved