“Negara lain kutip sampah, tapi Malaysia” – Netizen Bengang Tengok Penonton Bola Lempar Cawan Dalam Stadium

Entertainment
9 Jan 2023 • 7:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sabtu lepas telah berlangsung Perlawanan Piala AFF yang menyaksikan pertarungan separuh akhir pertama antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Biasanya setiap kali berlakunya perlawanan bola sepak, pasti akan terjadi sesuatu perkara yang kurang menyenangkan, misalnya bergaduh, vandalisme dan tabiat membuang sampah merata-rata.

Jadi, apa yang terjadi dekat Stadium Bukit Jalil baru-baru ini agak aneh kerana penonton melontarkan gelas minuman plastik secara rambang dan ia mengundang rasa kurang senang rakyat Malaysia.

 

“Negara lain kutip sampah, tapi Malaysia…”

Dalam masa 7 jam, video tersebut telah meraih lebih daripada 2,800 jumlah retweets dan rata-rata netizen bengang melihat sikap mereka yang dianggap tidak bertamadun ini.

Malah ada yang mempertikaikan sikap orang kita dengan mengungkit satu kisah yang terjadi saat FIFA sebelum ini di mana warga Jepun yang menyaksikan perlawanan tersebut, bantu kutip sampah bersihkan kawasan penonton stadium lepas habis perlawanan.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Tapi kesian dengan cleaner-cleaner kat sana yang kena bersihkan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.