“Negara Paling Ras*s Pernah Saya Lawat” – Pelancong AS Dakwa Terima Layanan Berbeza Di Malaysia, Namun Akui Makanan Lokal Tetap Terbaik

15 Sep 2026 • 11:22 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Malaysia sememangnya sering menjadi pilihan pelancong luar kerana kepelbagaian budaya, makanan serta layanan mesra masyarakat tempatan.

Namun, baru-baru ini tular luahan seorang pelancong wanita dari Amerika Syarikat yang mendakwa berdepan beberapa pengalaman kurang menyenangkan ketika bercuti di negara ini.

Advertisement

Menerusi perkongsian di TikTok, wanita berkulit hitam itu mendakwa beberapa insiden yang berlaku sepanjang percutiannya membuatkan dia merasakan dirinya menerima layanan berbeza disebabkan warna kulit.

Malah, berdasarkan pengalamannya sendiri, dia melabel Malaysia sebagai negara paling rasis yang pernah dikunjunginya setakat ini.

Menurut wanita berkenaan, pengalaman pertama berlaku selepas dia tiba di lapangan terbang dan memesan salad di sebuah restoran.

Dia mendakwa makanan pelanggan lain dihantar terus ke meja, manakala dirinya diminta mengambil sendiri pesanannya di kaunter.

“Bila salad saya dah siap, pelayan tu beritahu yang saya kena pergi ambil sendiri di kaunter. Saya pun macam, oh okey.”

Walaupun berasa pelik dengan layanan tersebut, wanita itu pada mulanya memilih untuk tidak terlalu memikirkannya dan menganggap kejadian berkenaan mungkin sekadar kebetulan.

Bagaimanapun, dia mendakwa berdepan satu lagi situasi kurang menyenangkan ketika menggunakan perkhidmatan e-hailing bersama rakannya.

pelancong

Menurutnya, meskipun dia yang menempah dan membayar perjalanan tersebut, pemandu didakwa tidak mengendahkan lambaian serta tidak menawarkan bantuan untuk mengangkat begnya.

Sebaliknya, dia mendakwa pemandu berkenaan terus tersenyum dan membantu rakannya selepas wanita itu melambai.

“Adakah dia tahu saya yang panggil kereta tu dan saya yang bayar?”

Walaupun kecewa dengan beberapa pengalaman sepanjang berada di Malaysia, wanita itu masih memberikan pujian terhadap makanan tempatan.

Katanya, makanan Malaysia merupakan antara hidangan paling sedap yang pernah dirasainya sepanjang berada di Asia.

“Adakah ia boleh menebus segala rasisme yang saya alami? Tidak, tapi makanan di sana memang satu rahmat.” kongsinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Negara Paling Ras*s Pernah Saya Lawat” – Pelancong AS Dakwa Terima Layanan Berbeza Di Malaysia, Namun Akui Makanan Lokal Tetap Terbaik2026-09-15 10:45:07

Didakwa Seleweng Dana RM1.3 Juta, Pempengaruh 'Sultan Malaysia' Diburu Polis Indonesia

The post “Negara Paling Ras*s Pernah Saya Lawat” – Pelancong AS Dakwa Terima Layanan Berbeza Di Malaysia, Namun Akui Makanan Lokal Tetap Terbaik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved