Pavilion Taiwan diiktiraf rakan kongsi utama MATTA

8 Sep 2026 • 8:52 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pavilion Taiwan diiktiraf rakan kongsi utama MATTA

PETALING JAYA – Pavilion Taiwan telah diiktiraf sebagai rakan kongsi utama Pameran Persa­tuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yang telah berlangsung baru-baru ini dengan menawarkan pakej terbaharu untuk menarik lebih ramai pelancong tempatan berkunjung ke negara tersebut.

Pengarah Jeneral Pejabat Pentadbiran Pelancongan Taiwan, Chen Yu-Hsiu berkata, melalui penyertaan dan delegasi ke Malaysia sempena pameran tersebut, syarikat turut memper­kenalkan pakej insentif baharu iaitu Program Pemacu Dua Hala Pelancongan dan juga kempen Taiwan – 100 Ways.

Pavilion yang menampilkan tema Taiwan – Waves of Wonder itu dilengkapi dengan konsep pemasaran Taiwan Never Sleeps dan lebih menarik, buat julung kalinya, pengendali pelancongan Muslim Malaysia turut menyertai Pavilion Taiwan.

“Ini membuktikan komitmen Taiwan dalam membangunkan lagi pasaran pelancongan Muslim,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Yu Hsiu, Malaysia adalah salah satu pasaran sumber utama Taiwan di bawah Dasar Hala Tuju Baharu ke Selatan (New Southbound Policy) dan melalui kemudahan kemasukan tanpa visa, sambungan pe­nerbangan yang mudah dan permintaan pelancongan yang kian meningkat, pihaknya melihat ia menjadi faktor untuk melihat jumlah kedatangan pelancong dari Malaysia akan terus bertambah.

Ini turut disokong oleh siri insentif baharu yang dilancarkan iaitu Tourism Dual-Wheel Drive Program pada 1 September lalu.

Jelas beliau, program ini me­rangkumi insentif bagi pengunjung MICE yang melanjutkan tempoh penginapan untuk tujuan rekreasi, serta insentif penginapan tambahan untuk kumpulan insentif korporat luar negara yang melancong ke kawasan tengah dan selatan Taiwan, serta wilayah Hualien–Taitung. -KOSMO! ONLINE

The post Pavilion Taiwan diiktiraf rakan kongsi utama MATTA appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved