Negara perlu generasi muda berilmu, bersemangat pacu pembangunan negara - Anwar

LocalPolitics
30 Sep 2026 • 3:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Negara perlu generasi muda berilmu, bersemangat pacu pembangunan negara - Anwar
Anwar menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Peserta Program Madani Fellowship 2026 di Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri pada Rabu. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Negara memerlukan generasi muda yang mempunyai kekuatan semangat, kefahaman dan ilmu untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab besar dalam memacu pembangunan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, bakat dan ciri kepimpinan belia seperti itu amat penting dalam mendepani pelbagai cabaran serta dinamika tadbir urus negara yang bersifat kompleks dan rencam.

"Bila saudara (peserta) duduk di sini (dalam perkhidmatan awam), saudara akan lihat bagaimana rencam, bagaimana rumit permasalahan yang kita hadapi. 

"Pelbagai kaum, pelbagai agama, pelbagai wilayah, pelbagai kelompok yang menuntut sebaik mungkin daripada kita. Tetapi insya-ALLAH, kita dapat lakukan dengan sebaiknya," kata beliau ketika berucap pada Majlis Penyerahan Peserta Program Madani Fellowship 2026 di sini pada Rabu.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta barisan menteri Kabinet.

AKAN MENYUSUL

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved