Negara Terima Tiupan Angin Lemah Pelbagai Hala, Potensi Ribut Petir Beberapa Negeri

25 Jul 2022 • 7:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) meramalkan ribut petir dijangka bakal melanda di beberapa negeri Pantai Barat Semenanjung, Sarawak dan Sabah.

Menurut Met Malaysia dalam satu kenyataan, rantau negara ketika ini sedang menerima tiupan angin lemah dari pelbagai hala dan dijangka akan berterusan sehingga 27 Julai ini.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan pembentukan awan ribut petir pada sebelah petang hingga awal malam di kebanyakan tempat melibatkan negeri-negeri pantai barat Semenanjung, Sarawak serta barat Sabah,” maklum kenyataan itu hari ini.

Difahamkan, ramalan tersebut adalah berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” maklum kenyataan itu lagi.

image is not available
Gambar: Facebook Malaysian Meteorological Department

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved