Pantai barat Semenanjung, Sarawak, Sabah dijangka alami ribut petir hingga 27 Julai

25 Jul 2022 • 9:18 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 25 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan negara sedang menerima tiupan angin lemah dari pelbagai hala dan dijangka berterusan hingga 27 Julai ini.

Menurut MetMalaysia ia berpotensi menyebabkan pembentukan awan ribut petir pada sebelah petang hingga awal malam di kebanyakan tempat di negeri pantai barat Semenanjung, Sarawak dan barat Sabah.

“Ramalan ini dibuat berdasarkan analisis model MetMalaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS),” katanya di Facebook.

Justeru, orang ramai dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved