Negeri tambah baik polisi BINGKAS, bantu tingkat sosioekonomi isi rumah

1 Feb 2025 • 9:50 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

OLEH ALIFF HAIQAL MOHAMED

SHAH ALAM, 1 FEB: Kerajaan Negeri kini sedang menilai semula polisi inisiatif Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) untuk ditambah baik, kata EXCO kebajikan masyarakat.

Anfaal Saari berkata kajian itu dilakukan dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) dari Universiti Malaya (UM).

“Meskipun BINGKAS bermula dari tahun 2022 (Kasih Ibu Smart Selangor – KISS), kita perlu lihat bagaimana bantuan itu perlu diberikan dalam bentuk berbeza bagi meningkatkan tahap sosioekonomi mereka,” katanya ketika ditemu bual dalam program Bicara Semasa terbitan Media Selangor baru-baru ini.

Tambah Anfaal, hasil kajian itu akan dibentangkan kepada pemegang taruh menerusi satu kolokium kebajikan yang akan berlangsung Februari ini.

“Jadi kerjasama dengan SWRC ini akan memungkinkan kita memiliki sebuah polisi yang lebih baik untuk BINGKAS,”katanya.

BINGKAS merupakan sebahagian daripada 46 insentif Iltizam Selangor Penyayang yang dilancarkan 2022, menggantikan skim Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS IT (Ibu Tunggal).

Bermula tahun lalu, syarat permohonan baharu Bingkas dilonggarkan kepada isi rumah bawah RM5,000 berbanding RM3,000 sebelum ini bagi membolehkan lebih ramai menerima manfaatnya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved