Nelayan Dari Limbang Peroleh Dua Pari Gergasi Berat Lebih 100 Kilogram

7 Jul 2022 • 5:37 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

Semoga sering lagi mendapat rezeki yang lumayanimage is not available

Nelayan Dari Limbang Peroleh Dua Pari Gergasi Berat Lebih 100 Kilogram. Dilaporkan, seorang nelayan dari Kampung Baru Kuala Berawan, Limbang telah berjaya memperoleh hasil lumayan setelah mendapat dua ekor pari gergasi dalam tempoh seminggu ketika turun ke laut minggu lepas.

Mohd Fitri Afendi berusia 26 tahun berkata, pada 27 Jun lalu, dia berjaya menangkap pari gergasi seberat 50 kilogram (kg), diikuti tangkapan pari gergasi keduanya seberat 53kg diperoleh pada 1 Julai lalu.

image is not available
Nelayan Dari Limbang Peroleh Dua Pari Gergasi Berat Lebih 100 Kilogram. Sumber foto: Utusan Borneo

Memperoleh kedua-dua pari gergasi tersebut dalam masa 30 minit

Apa yang mengagumkan adalah Mohd Fitri ini memperoleh kedua-dua pari gergasi tersebut dalam masa 30 minit sahaja di perairan Limbang menggunakan perahu!

Menurutnya, pari gergasi tersebut menyangkut pada rawai yang dipasang iaitu satu teknik menangkap ikan digunakan para nelayan menggunakan tali dan batu pemberat.

Alhamdulillah memang gembira kerana memperoleh rezeki berganda, penat lelah menangkap ikan berbaloi, katanya kepada sebuah akhbar tempatan hari ini.

image is not available

Dia juga turut dibantu ayahnya

Tambahnya lagi, dia juga turut dibantu ayahnya Afendi Matusop, berusia 50 tahun, yang menemaninya turun ke laut jam 6 pagi setiap hari bergantung kepada cuaca dan keadaan laut.

Hasil daripada tangkapan besarnya itu, anak kedua daripada empat beradik memperoleh sekitar RM800 daripada ikan pari gergasi berkenaan di pasar Limbang. 

Bukan kali pertama mendapat hasil tangkapan sebesar ini, Mohd Fitri ini juga sebelum ini pernah memperoleh pari gergasi seberat 300kg beberapa tahun yang lalu!

Lagi di sini cerita menarik buat anda: