Nelayan dikhuatiri lemas jatuh bot

31 Mar 2026 • 11:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba membuat pemantauan di lokasi kejadian. Foto Bomba Hutan Melintang

IPOH - Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada bot ketika cuba memeriksa kipas bot di Lot 125B (Pelantar 10), Hutan Melintang, dekat Bagan Datuk, petang Selasa.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bagan Datuk dalam kenyataan malam ini memaklumkan bahawa mereka menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Bagan Datuk berhubung kejadian yang melibatkan mangsa, Pee Kian Kok, 55, pada jam 4.26 petang.

PKOD tersebut memaklumkan bahawa berdasarkan maklumat awal kejadian, lelaki itu terjatuh semasa memeriksa kipas bot untuk memastikan ia berfungsi dengan baik.

"APM Daerah Bagan Datuk telah menggerakkan pasukan ke tempat kejadian untuk tujuan pemantauan.

"Pada jam 6.20 petang, pos kawalan APM dibuka dan anggota telah membuat pemantauan di tempat kejadian. Tiada operasi pencarian dijalankan atas faktor cuaca (hujan),” menurut kenyataan itu.

PKOD memaklumkan bahawa operasi pencarian ditangguhkan pada jam 7.30 malam dan akan disambung pada 8 pagi esok. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved