Nelayan hilang di perairan Pulau Berhala ditemukan lemas

8 May 2023 • 1:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Seorang nelayan yang dilaporkan hilang di perairan laut Pulau Berhala sejak pagi Jumaat lalu ditemukan lemas, pada pagi Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, PKPgB Severinus [email protected] berkata, mangsa dikenali sebagai Mohammad Saidin Salapudin, 33 tahun dipercayai keluar dari jeti Pulau Berhala sekitar 6 pagi, Jumaat.

“Difahamkan mangsa menuju ke perairan Pulau Berhala untuk memukat udang dan sepatutnya pulang sekitar jam 3 petang.

“Namun pada jam 2 petang, bot mangsa dijumpai penduduk kampung tanpa pengemudi,” katanya dalam kenyataan.

SPONSORED CONTENT Carlsberg gets inked to celebrate pride of Sabah, Sarawak SHAH ALAM: Carlsberg Smooth Draught returns to celebrate Sabahan and Sarawakian pride for the third consecutive year with artful traditional tattooing designs of six beautiful icons from the Borneo islands. Read more Pencarian melibatkan penduduk kampung pada hari sama menemui jalan buntu dan mereka melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa.

Operasi mencari kemudiannya diaturgerak antara pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) serta polis.

Mayat mangsa ditemui ketika hari kedua operasi carilamat oleh orang awam pada jarak 2 batu selatan nautika dari Pulau Berhala pada jam 8.55 pagi, Ahad.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa oleh pasukan polis untuk tindakan lanjut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.