Nelayan takut ikan kena pulau gara-gara babi

LocalEnvironment
28 Oct 2026 • 5:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nelayan takut ikan kena pulau gara-gara babi

SHAH ALAM – Lebih 3,000 nelayan di Selangor bimbang hasil tangkapan mereka dipulaukan pembeli susulan dakwaan pencemaran bau dan air di perairan Pelabuhan Klang akibat kemasukan babi hidup melalui Pelabuhan Selatan, di sini.

Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Selangor (Penegor), Abd. Rahman Kachil berkata, keadaan itu menimbulkan kebimbangan nelayan kerana boleh menjejaskan keyakinan pengguna terhadap ikan yang ditangkap di perairan berkenaan.

Menurutnya, nelayan turut terganggu dengan bau busuk yang didakwa berpunca daripada pengendalian babi hidup di atas kapal yang membawa haiwan berkenaan.

“Kita tidak mahu pelanggan takut membeli ikan yang ditangkap di sekitar perairan Pelabuhan Klang disebabkan kemasukan babi hidup ini.

“Malah, bau busuk yang keluar daripada babi ini amat mengganggu nelayan yang menangkap ikan di sekitar kawasan berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Abd. Rahman mendakwa kapal yang membawa babi hidup itu akan dibasuh sebaik sahaja haiwan berkenaan dibawa keluar dari kapal.

Katanya, air basuhan berkenaan didakwa mengalir terus ke perairan Klang, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan pencemaran di kawasan penangkapan ikan.

“Air basuhan itu sangat busuk dan baunya boleh dihidu sehingga jarak 500 meter dari kapal terbabit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Nelayan takut ikan kena pulau gara-gara babi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved