Nelydia Senrose Selamba Peluk Hariz Hamdan Teruk Dikecam

EntertainmentLifestyle
21 Jul 2025 • 1:48 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia nelydia Senrose Hariz Hamdan

Pelakon popular, Nelydia Senrose kembali menjadi bualan hangat di media sosial apabila satu video memperlihatkan dirinya memeluk tangan pelakon Hariz Hamdan dalam sebuah kereta kabel (cable car) tular.

Menerusi Tiktok, video tersebut turut menunjukkan kehadiran pelakon Ezzanie Jasny dan beberapa kru produksi lain.

Nelydia Senrose didakwa ‘sengaja’ pilih peluk lelaki?

@harizhamdann

Stress aku shoot dengan dua orang gayat ni . Saksikan Seindah Hujan Cinta bermula 21 July 2025. Hanya di tv3!

♬ original sound – Hariz hamdan – Hariz hamdan

Apa yang mengundang kecaman ialah tindakan Nelydia yang dilihat boleh saja memegang wanita di sebelah kanan, namun lebih memilih untuk memeluk Hariz yang berada di sebelah kirinya.

Tindakan spontan itu berlaku kerana Nelydia didakwa berasa gayat, namun netizen tetap mempertikaikan alasan tersebut.

Gayat pun boleh pegang perempuan sebelah kanan, kenapa pilih lelaki?

Hariz Hamdan tampil beri penjelasan

image is not available

Sedar akan kecaman yang diterima, Hariz Hamdan tampil menjelaskan bahawa situasi itu berlaku secara spontan dan tanpa niat lain.

Saya hanya membantu kak Nely yang gayat, hubungan kami ibarat adik-beradik sahaja.

Isu lama belum padam

image is not available

Sebelum ini, Nelydia turut menerima kecaman apabila ‘teaser’ drama terbarunya Seindah Hujan Cinta memaparkan babak dirinya memeluk aktor Yusuf Bahrin.

Situasi itu menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak, lebih-lebih lagi kerana babak-babak intim tersebut dianggap tidak sesuai dengan sensitiviti masyarakat.

Pssttt! Sebagai selebriti, setiap tindakan mudah jadi perhatian. Dalam dunia digital, berhati-hatilah walau sekecil perbuatan kerana mata netizen memang tajam memerhati.

Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.