Nenek, cucu rentung dalam kebakaran

3 Feb 2024 • 1:35 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Seorang nenek berusia 60 tahun dan cucu perempuannya berusia empat tahun ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Matan, di sini, pada malam Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata kejadian itu memusnahkan sebuah rumah jenis tidak kekal pada kira-kira jam 10.53 malam.

“Mayat Jafflan Sigal, 60, dan cucunya, dikenali sebagai Rycca Dcarllavyraquella Lee, empat tahun, ditemui di dalam sebuah bilik tidur oleh anggota bomba selepas kebakaran dipadamkan,” katanya.

Difahamkan, ketika kejadian, kedua-duanya berada di rumah bersama seorang lagi ahli keluarga, yang sempat melarikan diri.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Ridwan berkata, sepasukan anggota bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, pasukan memadamkan kebakaran menggunakan dua pancuran air, dua aliran dengan sumber air dari tangki jentera serta pili bomba berhampiran,” katanya, menambah pemeriksaan susulan menemukan dua mangsa itu.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi dikawal pada jam 11.45 malam dan kerja-kerja pemadaman api dijalankan.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.