
Terdapat satu kisah di perkampungan Melayu. Terdapat seorang bomoh yang sangat terkenal kuasa perubatannya. Aku pergi ke sana kerana ingin menyaksikan benda yang dia buat.
Sesampai disana, rupanya tidak seram seperti dalam wayang. Bilik rawatan yang terang, tidak banyak azimat dan tangkal. Bomoh dia pun tidak menakutkan. Berbusana Melayu warna hitam dan memakai tasbih. Malam menjelma, rata-rata penduduk kampung pun ke sana untuk mendapat rawatan. Di sana, kami diwajibkan memberi salam dan memanggil bomoh itu datuk. Bomoh tersebut memanggil semua orang disana cucu. Jadi setiap orang pun pergi kepada dia untuk memdapatkan rahmat dan penyembuhan. Semua berjalan dengan lancar.
Namun begitu, apabila tiba giliran seorang wanita yang berusia, bomoh itu tidak memanggil dia cucu, tetapi nenek. Semua penduduk kampung kehairanan kerana jarang sekali bomoh itu memanggil seseorang itu selain daripada cucu. Namun begitu, kami semua tidak mengendahkannya kerana menganggap bomoh itu secara tidak sengaja melakukan kesilapan. Namun perkara tidak seperti disangka. Perkara mistik mula berlaku. Kampung yang tiada anjing boleh pula ada salakan anjing. Bomoh itu pun bergegas ke rumah ketua kampung. Dia memilih seorang budak lelaki dan sapukan serbuk pada mata dia.
Jam 2.30 pagi, budak yang dipilih itu ada penampakkan. Apa yang dicerita budak itu ialah dia nampak seorang wanita yang hodoh dan tua boleh berubah menjadi wanita muda dan cantik. Bomoh itu pun cari arah mana wanita itu berada. Seperti yang disangkakan, wanita yang dinampak itu berada di arah 'nenek' itu. Semua orang pun bergegas ke rumah dia. Sesampai di rumah itu, bomoh itu dengan pantas memasang kemenyan dan laungkan azan. 'Nenek' itu seperti ketakutan.
Namun atas desakan bomoh itu, makhluk dalam badan 'nenek' itu pun keluar. Bomoh itu mengeluarkan keris dan ditunjukkan ke jantung wanita yang dirasuk itu. Selepas dikenalpasti, rupanya makhluk itu ialah nenek kebayan. Jadi logik lah kenapa bomoh itu memanggil dia 'nenek'. Wanita itu pun kembali normal. Dia bilang sudah lama begini sampai anak cucu semua tidak mahu melihatnya. Kehidupan semakin teruk. Kesihatan tidak perlu dicerita. Pada asalnya kami ingat semua sudah selesai. Namun semua yang berada di situ muntah dengan serentak. Bomoh itu memberi kami air mawar untuk diminum. Semua pun kembali normal. Wanita itu sekarang pun sudah pulih. Anak cucu dia pun sentiasa balik.

Hantar artikel/video berkaitan #KisahSeram dan berpeluang menangi hadiah sebanyak RM5,500! Ketahui lebih lanjut di sini.
kvoon adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.
.png)