Nenek parah dipukul cucu guna tukul besi selepas bertengkar

20 Jun 2026 • 1:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Nenek parah dipukul cucu guna tukul besi selepas bertengkar

DUNGUN, 20 JUN: Nenek berusia 79 tahun parah dipercayai dipukul cucunya menggunakan tukul besi dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Kuala Abang di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 6.55 petang.

Beliau berkata siasatan awal mendapati, kejadian berlaku apabila wanita warga emas itu menghalang cucu lelakinya berusia 25 tahun yang tinggal bersamanya untuk keluar rumah, sebelum berlakunya pertengkaran antara mereka.

“Suspek dipercayai menolak mangsa, sebelum bertindak memukul wanita berkenaan menggunakan tukul besi sehingga menyebabkan kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ab Halim berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan lanjut dan keadaan mangsa dilaporkan stabil.

Beliau berkata polis sudah menahan suspek yang memiliki kad pesakit mental bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, manakala tukul besi yang digunakan dalam kejadian itu turut dirampas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved