Terbongkar Melalui Mesej, Polis Tahan Pesara Disyaki Rogol Cucu Sendiri

11 Jun 2026 • 10:27 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pesara warga emas direman selama enam hari oleh Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan selepas dipercayai merogol cucunya yang berusia 13 tahun sepanjang tahun lalu.

Suspek berusia 67 tahun

Memetik laporan daripada Berita Harian, perintah reman terhadap suspek berusia 67 tahun itu dibenarkan Majistret Arun Noval Dass bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Image from: Terbongkar Melalui Mesej, Polis Tahan Pesara Disyaki Rogol Cucu Sendiri

Foto: BH Online

Mangsa menceritakan kepada ibu

Menurut laporan, polis menerima laporan mengenai kejadian itu dua hari lalu selepas mangsa menceritakan perkara tersebut kepada ibunya.

Siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama datuknya di sebuah rumah dalam daerah berkenaan selepas ibu bapanya bercerai.

Namun, pada April lalu, ibunya membawa mangsa pulang ke sebuah negeri di utara tanah air.

Image from: Terbongkar Melalui Mesej, Polis Tahan Pesara Disyaki Rogol Cucu Sendiri

Bersemuka dengan suspek

Kejadian itu terbongkar apabila ibu mangsa menyedari anaknya menghantar mesej kepada seorang kenalan.

Pada mulanya, mangsa enggan berkongsi perkara sebenar, namun selepas didesak, dia akhirnya mendedahkan bahawa dirinya menjadi mangsa perbuatan terkutuk itu.

Video sewaktu ibu mangsa bersemuka dengan suspek juga tular di media sosial sehingga mengundang amarah banyak pihak.

Image from: Terbongkar Melalui Mesej, Polis Tahan Pesara Disyaki Rogol Cucu Sendiri

Hasil maklumat awal mendapati kejadian dipercayai berlaku sepanjang tahun lalu dengan insiden terakhir dilaporkan berlaku pada Disember tahun sama.

Susulan laporan yang dibuat, polis menahan suspek untuk membantu siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Sumber: Berita Harian (Alias Abd Rani) Thread 

The post Terbongkar Melalui Mesej, Polis Tahan Pesara Disyaki Rogol Cucu Sendiri appeared first on Borak Daily.