
Bakat yang terpendam jangan dibiarkan begitu sahaja. Seorang nenek tular apabila menyanyikan lagu popular Dawai dengan cara tersendiri.
Warga emas itu menyanyikan lagu berkenaan dengan penuh penghayatan dan lebih mengujakan apabila tidak langsung meniru cara penyanyi asal.
Video berkenaan dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok ‘FessolYusof’ mendapat pelbagai reaksi netizen.
Nenek berkenaan mendapat gelaran nenek rockers kerana sering membuat cover lagu di TikTok.
Artikel berkaitan: “Laju buat kerja” – [VIDEO] Netizen Terbahak Tengok Tiktokers Ni Buat Parodi Lagu Baru DSV
Artikel berkaitan:“Dah Ada Pelapis Penyanyi Irama Malaysia Ni”- Kanak-Kanak Lelaki Penyeri Majlis, Nyanyi Lagu Lemak Manis
Usianya yang sudah lanjut tidak menghalang warga emas itu menonjolkan bakatnya dalam nyanyian malah turut pandai berinteraksi dengan peminatnya.
Memang tak boleh cari makan orang lain lepas ini, cara nyanyian yang bersahaja buat penonton terbuai.
Agak-agak lagu apa nenek rockers nak cover selepas ini?
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

