Nenek Selamba Main Bowling Pakai Kain Batik, Siap Dapat Strike Buat Ramai Tercengang [Video]

5 Jun 2025 • 3:07 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap kali tibanya hujung minggu atau ada waktu lapang pasti ramai anak-anak yang sudah besar mahu membawa ibu bapa mereka keluar bersiar-siar.

Selain itu, ada juga yang memilih untuk membuat aktiviti riadah bersama keluarga seperti berkhemah, berkelah atau main bowling bersama.

Aktiviti bersama keluarga ini merupakan perkara yang perlu dilakukan selalu untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan serta cara untuk berhibur secara sihat.

Warga emas main bowling siap strike raih perhatian

Baru-baru ini, seorang wanita warga emas turut tidak ketinggalan melakukan aktiviti riadah bersama keluarganya dengan bermain bowling sehingga meraih perhatian.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Mamawati di TikTok, awalnya kelihatan warga emas yang berada di hujung ‘lane’ sedang berjalan sambil memegang bola berwarna oren.

Sebaik sampai di hadapan lane, dia kemudian melontarkan bola berkenaan mengikut sasarannya.

Hanya pakai kain batik je ketika main bowling

Apa yang menjadi perhatian, meskipun sudah berusia namun warga emas itu melontar bola berkenaan dengan baik sehingga berjaya menjatuhkan kesemua pin atau dalam bahasa mudahnya ‘strike’.

Bukan hanya itu, wanita warga emas itu juga bermain bowling dengan hanya memakai kain batik.

“Hebat nenek ni. Strike saja. Masa muda mesti wakil Negeri ni. Kain batik bukan penghalang.. Syabas!,” kata Mamawati di ruang kapsyen.

@jahlelawati_ hebat nenek ni.. strike saja ..masa muda mesti wakil Negeri ni.. kain batik bukan penghalang..syabas!!💪 #nenekchampion #bowling# #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Bowling All Day – Late Night Luke

Ramai tercengang lihat kehebatan warga emas main bowling

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terhibur dan kagum melihat kehebatan warga emas itu.

Ini kerana, meskipun hanya memakai kain batik namun dia masih boleh membaling bola bowling dengan baik sehingga berjaya melakukan strike.

Tidak kurang juga ada yang berseloroh untuk mencuba bermain bowling dengan hanya memakai kain batik.

Bukan hanya itu ada juga yang bergurau mengatakan nenek tersebut adalah jurulatih kepada bekas pemain atau ratu bowling negara iaitu Datuk Shalin Zulkifli.

Seorang wanita yang muncul di ruangan komen turut memaklumkan warga emas itu adalah ibunya.

“Yang ini adalah mak saya”

image is not available

“Perhh left handed bowler pula tu.. hebat”

image is not available

“Malu aku wei”

image is not available

“Pakai kain batik pun boleh tunjuk skill. Jangan main-main dengan orang lama ni”

image is not available