
KATHMANDU: Nepal pada Ahad memberi amaran mengenai peningkatan aliran air banjir dan menggesa pasukan penyelamat supaya lebih berhati-hati ketika operasi mencari dan mangsa memasuki hari kelima selepas bencana aliran deras air dan serpihan ais mengorbankan ratusan nyawa.
Amaran yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMA) pada pukul 7:20 pagi (waktu tempatan).
“Berdasarkan maklumat yang diterima, aliran banjir di Sungai Bhotekoshi di Rasuwa meningkat lagi.
“Justeru, semua anggota yang terlibat dalam operasi mencari, menyelamat dan bantuan, mereka yang berada di kawasan tebing sungai serta semua pihak lain di kawasan terjejas termasuk Rasuwa, Nuwakot, Dhading dan Chitwan diminta supaya berwaspada,” menurut kenyataan itu.
Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, bencana yang berlaku pada pagi Rabu di sempadan China-Nepal itu berpunca daripada keruntuhan glasier, menyebabkan aliran deras air dan serpihan bergerak ke kawasan hilir.
Angka daripada pihak berkuasa Nepal dan China menunjukkan jumlah individu yang masih hilang menghampiri 3,000 orang, manakala 691 mayat telah ditemukan.-AFP
The post Nepal beri amaran paras banjir meningkat, pasukan penyelamat diarah berwaspada appeared first on Utusan Malaysia.





