Nepal beri lampu hijau! Malaysia hantar pasukan SMART bantu operasi bencana mulai esok

4 Sep 2026 • 10:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Nepal beri lampu hijau! Malaysia hantar pasukan SMART bantu operasi bencana mulai esok

Malaysia akan menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Nepal seawal esok, 5 September, selepas mendapat kelulusan rasmi daripada Kerajaan Nepal.

Bantu operasi mencari

Menerusi kenyataan daripada Wisma Putra, penghantaran pasukan berkenaan adalah bagi membantu operasi mencari dan menyelamat di kawasan yang terjejas akibat banjir serta tanah runtuh yang berlaku baru-baru ini.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan pasukan seramai 11 anggota itu akan dilengkapi dron berkeupayaan tinggi serta peralatan khusus bagi menyokong operasi yang diketuai pihak berkuasa Nepal.

Pasukan SMART akan memberi tumpuan di kawasan yang memerlukan kepakaran teknikal serta keupayaan operasi khas.

“Penghantaran pasukan itu tertakluk kepada keperluan operasi dan tahap keselamatan,” menurut kenyataan itu.

Dalam perkembangan sama, Kementerian Luar memaklumkan seramai 55 rakyat Malaysia masih dilaporkan gagal dihubungi setakat 4 September.

Usaha berkaitan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di Nepal akan terus diberi perhatian susulan bencana yang melanda beberapa kawasan negara berkenaan.

Sumber: Facebook Wisma Putra

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved