“Neraka Wail menanti” – Mufti Pulau Pinang Ulas Isu Peniaga Jual Makanan Basi Di Bazar Ramadan

Entertainment
25 Mar 2024 • 10:19 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak dari awal Ramadan lagi, ramai netizen telah membuat rungutan mengenai kualiti makanan di bazar Ramadan yang dikatakan semakin memburuk.

Ada yang patah gigi gara-gara tergigit popia ‘batu’, ada yang termakan nasi ayam basi dan lebih menyedihkan, ada yang terbeli roti john ‘terowong menora’.

Neraka Wail menanti penjual bazar yang tidak jujur

Susulan isu hangat tersebut, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, Neraka Wail menanti peniaga yang melakukan penipuan termasuklah menjual makanan yang tidak berkualiti dan rosak di bazar Ramadan.

Beliau yang diminta mengulas isu tersebut juga berkata, ada hadis dalam Sahih al-Bukhari daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud barang siapa menipu (dalam perniagaan) maka dia bukanlah daripada golongan kami.

image is not available

Erti hadis ini adalah seseorang yang menipu ketika menjual atau membeli beli sesuatu barang dengan tidak melahirkan keadaan sebenar barang jualannya kepada pembeli bererti dia telah melakukan satu penipuan.

“Hukum perbuatan begini adalah haram di sisi syariat Islam dan di dalam al-Quran terdapat ancaman dengan Neraka Wail ke atas para peniaga yang menipu timbangan atau sukatan.

“Maka secara analogi penipuan dalam menjual makanan yang tidak berkualiti atau rosak, lebih-lebih lagi kepada pelanggan yang membelinya untuk berbuka puasa,” katanya.

Menurutnya lagi, pada zaman sekarang, iman dan akhlak manusia semakin terhakis dan ramai juga yang meminggirkan agama termasuklah mereka yang beragama Islam.

Pada bulan yang mulia ini juga katanya, umat Islam sepatutnya melakukan banyak infaq dan memberi jamuan iftar kepada umat Islam yang berpuasa.

image is not available

Ia termasuk antara maksud memakan harta manusia secara batil atau salah yang dilarang di dalam al-Quran dan hadis,” katanya.

Wan Salim juga menasihati para peniaga untuk takut kepada Allah dalam urusan jual beli.

Harap dengan teguran ini, ramailah peniaga di luar sana lebih jujur dalam menjual makanan di bazar.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.