Nestle kesan taktik scammer tipu hadiah wang tunai

30 Mar 2023 • 12:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mesej tular yang menawarkan hadiah wang tunai setelah melengkapkan borang soal selidik 'Peraduan Milo Ramadan. Gambar kanan: Kenyataan Nestle.

KUALA LUMPUR - Nestle Products Sdn Bhd meminta orang ramai agar berwaspada dengan sindiket penipuan yang menawarkan hadiah wang tunai setelah melengkapkan borang soal selidik 'Peraduan Milo Ramadan'.

Dalam kenyataan pada Khamis, Nestle berkata, syarikat itu telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa.

"Sila ambil perhatian bahawa mesej tular itu merupakan penipuan yang bertujuan untuk memperdayakan orang ramai.

"Nestle memandang serius perkara ini dan telah melaporkannya kepada pihak berkuasa," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, orang ramai dinasihatkan jangan berkongsi mesej tersebut.

"Orang ramai juga dinasihatkan jangan memberikan butiran peribadi (nombor akaun bank) dan jangan membuat sebarang pembayaran," kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, orang ramai juga perlu merujuk laman web rasmi Milo untuk peraduan.

"Orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nestle di www.nestle.com.my/contactus atau 1-800-883-433 untuk mendapatkan penjelasan lanjut," kata kenyataan itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved