
SIPITANG: Pasukan SHPT dari Sandakan muncul juara Kejohanan Futsal Terbuka Sipitang apabila menumpaskan pasukan Red Jaws dari Sipitang 2 -1 pada perlawanan akhir Piala Safiza Sport Sipitang 2023, di Gelanggang Futsal Pangiran di sini pada Ahad lalu.
SHPT membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000, piala dan medal, manakala naib johan Red Jaws menerima wang tunai RM1,200 dan medal.
Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Malinda dari Lawas dan keempat pasukan Manda dari Beaufort, masing-masing menerima wang tunai RM700 dan medal.
Sebanyak 19 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan selama dua hari dari 18 sehingga 19 Mac.
Menurut Pengerusi Penganjur Rafidi Bin Asime @ Abu, selain mengeratkan silaturahim para pemain ia juga untuk menyertai aktiviti bersaing secara sihat dalam sukan bolasepak dan menjauhi golongan belia dari terjebak gejala yang tidak sihat.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



