Netanyahu tegaskan tiada negara Palestin selagi beliau jadi Perdana Menteri

WorldPolitics
10 Aug 2026 • 12:03 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

, Israel, Gaza, Tebing Barat, Board of Peace, Palestin, konflik Israel Palestin, p

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa negara Palestin tidak akan ditubuhkan di Gaza mahupun Tebing Barat selagi beliau memegang jawatan itu.

Kenyataan tersebut dibuat ketika Netanyahu mempengerusikan mesyuarat Kabinet Israel pada Ahad ketika beliau turut mengumumkan penolakan Israel terhadap dokumen 15 perkara berkaitan Gaza yang dikemukakan oleh Board of Peace.

Menurut Netanyahu, pendirian Israel berhubung penubuhan negara Palestin adalah jelas dan tidak akan berubah selagi beliau menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata, negara Palestin tidak akan diwujudkan sama ada di Gaza atau Judea dan Samaria, istilah yang digunakan Israel bagi merujuk kepada Tebing Barat.

Baca juga:

Dalam mesyuarat sama, Netanyahu turut menegaskan bahawa tentera Israel tidak akan berundur dari Gaza sehingga Hamas benar-benar dilucutkan senjata.

Beliau berkata, Israel kini sedang berbincang dengan Amerika Syarikat mengenai proses pelucutan senjata Hamas, namun menekankan bahawa pelucutan itu perlu dilaksanakan secara sebenar dan bukan sekadar di atas kertas.

Netanyahu turut menegaskan bahawa tentera Israel akan terus mengambil tindakan bagi menangani ancaman terhadap anggota tenteranya dan rakyat Israel.

Kenyataan itu dibuat susulan cadangan 15 perkara berkaitan Gaza yang ditolak Israel, termasuk perkara berkaitan pelucutan senjata Hamas dan pengunduran tentera Israel dari wilayah berkenaan.

The post Netanyahu tegaskan tiada negara Palestin selagi beliau jadi Perdana Menteri appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved