Netanyahu tidak akan tarik balik tentera Israel dari Gaza

WorldPolitics
9 Aug 2026 • 8:15 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Netanyahu tidak akan tarik balik tentera Israel dari Gaza

BAITULMUQADDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Ahad menolak rancangan Gaza yang dipuji Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dengan berikrar bahawa tiada pengunduran tentera akan dilakukan sehingga Hamas benar-benar dilucutkan senjata.

Selepas lebih seminggu secara beransur-ansur meningkatkan kritikan terhadap rancangan itu, Netanyahu secara terbuka menentangnya ketika beliau berdepan tekanan daripada penyokong berhaluan kanan menjelang pilihan raya.

“Israel menolak dokumen 15 perkara itu,” kata Netanyahu, merujuk kepada rancangan yang disokong Hamas pada akhir Julai.

Tentera Israel tidak akan melakukan sebarang pengunduran sehingga Hamas benar-benar dilucutkan senjata dan akan terus menangani ancaman terhadap tentera serta rakyat kami,” kata Netanyahu dalam mesyuarat Kabinet.

Dokumen berkenaan itu merupakan peringkat terbaharu dalam gencatan senjata pimpinan AS yang diumumkan pada Oktober tahun lalu.

Namun, ia telah mengurangkan tetapi tidak menghentikan operasi Israel di Gaza tetapi menyatakan bahawa Hamas akan menyerahkan senjata kepada sebuah badan pentadbiran Palestin yang sedang diwujudkan.

Rancangan itu menetapkan bahawa Israel akan mula mengundurkan tenteranya seiring dengan proses pelucutan senjata tersebut.

Bagaimanapun, idea itu ditolak keras oleh Israel yang turut mahu Hamas memusnahkan senjatanya.

Selepas bertemu Netanyahu minggu lalu, badan yang ditubuhkan Trump untuk melaksanakan perjanjian itu yang dikenali sebagai Lembaga Keamanan, mengubah pendiriannya dan berkata, Israel hanya perlu berundur selepas Hamas dilucutkan senjata sepenuhnya. – AFP

The post Netanyahu tidak akan tarik balik tentera Israel dari Gaza appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved