NetEase Ingin Guna AI Untuk Jana NPC Dalam Permainan – Memberikan Pengalaman Berbeza Untuk Para Pemain

TechnologyGamingDigital
6 Mar 2023 • 6:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

NetEase, salah satu pembangun permainan mudah-alih (permua) popular, kini menyatakan hasrat untuk menggunakan kecerdasan buatan seumpama ChatGPT bagi menjana NPC (watak yang tidak boleh dimainkan), sekaligus memberikan pengalaman yang unik dan berbeza kepada semua pemain.

NPC merupakan watak dimana para pemain akan berinteraksi dalam menyelesaikan sesuatu misi. Kebiasaannya, watak berkenaan akan memberikan ayat atau arahan yang telah distruktur bagi memudahkan permainan berkenaan diselesaikan. Namun, dengan penggunaan teknologi seumpama ChatGPT, ia dijangka memberikan pengalaman yang berbeza dan unik, mengikut bagaimana pengguna berinteraksi dengannya.

Ini juga sekaligus dijangka memberikan impak kepada permainan yang sedang dipermainkan.

Disamping itu, NetEase juga menyasarkan menggunakan AI dalam menghasilkan tugasan permainan baharu, selain menjadikan permainan lebih menarik dan unik.

Buat masa ini, NetEase sekadar berkongsi ia secara kasar – dan tidak diketahui sama ada pembangunan untuknya telah dimulakan, atau sekadar gimik pemasaran sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved