Mark Zuckerberg : Meta Kini Memfokuskan Pembangunan Produk AI, Termasuk Persona Untuk Bantu Manusia

TechnologyDigital
28 Feb 2023 • 11:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sejak permulaan 2023, pelbagai syarikat dilihat berlumba dalam arena kecerdasan buatan, dan dilihat seperti diterajui oleh OpenAI melalui penawaran mereka kepada pengguna umum yang membolehkan pengguna menggunakan ChatGPT dan juga Dall-E.

Ini turut membuatkan Microsoft bekerjasama dengan OpenAI untuk menguasakan sejumlah produk mereka, termasuk enjin carian, Microsoft Teams, Skype, dan sebagainya.

Tidak ingin ketinggalan, Mark Zuckerberg mengumumkan mereka kini membentuk sebuah pasukan produk khas di Meta, memfokuskan kepada kecerdasan buatan, dan janaan kandungan melaluinya.

image is not available

Dalam jangka masa pendek, Mark Zuckerberg menyasarkan penghasilan karya kreatif melalui penawaran merkea – termasuk pengalaman seperti penghasilan imej, video dan juga teks melaluinya.

Disamping itu, Mark Zuckerberg turut menyatakan mereka sedang membangunkan persona berasaskan kecerdasan buatan dalam membantu manusia dalam pelbagai cara dan kaedah.

Dengan pengumuman baharu ini, sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya pihak Meta dalam arena kecerdasan buatan dan janaan kandungan ini.