
Netflix kini mengumumkan mereka akan memperkenalkan garis masa khusus untuk video menegak pada aplikasi mudah-alih mereka, sekaligus memudahkan lagi proses penemuan kandungan. Kemaskini ini bersama-sama antaramuka aplikasi Netflix dijangka diperkenalkan pada penghujung April 2026 ini.

Langkah pengenalan ini dilihat selari dengan perkembangan platform sosial memfokuskan video menegak, dan ramai yang biasa menggunakannya dalam menemui pelbagai kandungan baharu. Dengan integrasi terus pada Netflix, ia akan memudahkan lagi pengguna untuk tambah pada senarai tonton dan menontonnya terus pada aplikasi sama.
Selain daripada itu, Netflix turut dijangka menawarkan beberapa penambahan baik pada aplikasi mudah-alih mereka. Dengan perkongsian ini, sama-sama kita nantikan kemaskini aplikasi Netflix baru tidak lama lagi.




