Anthropic Perkenal Claude Design Memfokuskan Penawaran Penyelesaian Rekaan Visual

TechnologyDesign
17 Apr 2026 • 11:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Anthropic sedia menawarkan penyelesaian yang baik untuk pengaturcaraan, penganalisaan, dan lain-lain melalui Claude. TIdak setakat itu, hari ini mereka turut menawarkan penawaran baharu dinamakan Claude Design.

Seperti pada namanya, ia memfokuskan kepada penyelesaian rekaan visual dikuasakan kecerdasan buatan. Claude Design boleh membantu dalam melakukan prototaip, rekaan pembentangan, rekaan dokumen, dan sebagainya dengan mudah melalui Claude. Ini juga secara tidak langsung memposisikan ia sebagai pesaing kepada Canva yang turut melabur pada AI.

image is not available

Anthropic menyasarkan produk ini membolehkan pengguna memulakan dari idea kepada bentuk visual dengan pantas menggunakannya. Pengguna turut boleh menggunakan elemen rekaan sama rentas projek pada Claude, sekaligus mengekalkan rekaan visual yang konsisten pada produk yang dibangunkan.

Claude Design ini dikuasakan oleh Claude Opus 4.7, dan boleh diakses pelanggan Claude Pro, Max, Team dan Enterprise bermula hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved