Netflix Dedah Kenaikan Harga Terbaru ‘Subscription’ Untuk Pengguna Di Malaysia

WorldEntertainment
14 Nov 2024 • 3:39 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Berkuatkuasa hari ini, Netflix platform perkhidmatan penstriman filem tempatan dan antarabangsa yang popular di Malaysia telah menaikkan harga langganannya.

Perkara itu diketahui menerusi kemaskini terbaru di laman sesawang Netflix bahagian informasi Malaysia.

Senarai harga terkini bagi setiap pelan ‘subscription’

image is not available
Kredit foto: Netflix

Pelan Mobile: RM18.90 (Naik RM1.90 daripada RM17)
Pelan Asas: RM29.90 (Naik RM1.90 daripada RM28)
Pelan Standart: RM49.90 (Naik RM4.90 daripada RM45)
Pelan Premium: RM62.90 (Naik RM7.90 daripada RM55)

Pelan Premium mengalami kenaikan harga tertinggi sebanyak RM7.90. Selain itu, pelan Standard dan Premium yang ingin menambah pengguna di luar rumah mereka perlu membayar caj tambahan sebanyak RM13 setiap pengguna bagi setiap bulan.

Kenapa kenaikan ini berlaku?

image is not available
Kredit foto: Medium

Kenaikan harga ini dipercayai sebahagian daripada usaha strategi global Netflix untuk memaksimumkan keuntungan, kerana kini mereka berdepan dengan persaingan sengit daripada platform penstriman lain seperti Disney+, Amazon Prime Video dan HBO GO.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Netflix