Netflix Kini Membenarkan Pemindahan Profil Ke Akaun Lain

TechnologyDigital
12 Jul 2023 • 6:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak tahun lepas Netflix mula memburu pengguna yang berkongsi kata laluan. Untuk itu Netflix mula memperkenalkan ciri pemindahan profil dari akaun lama ke akaun baharu untuk mereka yang tidak ingin kehilangan cadangan kandungan, sejarah tontonan dan lain-lain lagi. Terbaru Netflix telah menambah ciri memindahkan profil dari akaun lama ke akaun sedia ada pula tanpa perlu mencipta akaun baharu.

image is not available

Pemindahan profil ini ditawarkan secara percuma. Ciri ini berguna apabila pengguna yang telah diburu oleh Netflix kerana berkongsi kata laluan untuk kembali ke akaun sendiri yang sudah lama tidak aktif dan memulakan langganan sendiri.

Cara untuk melakukannya juga mudah. Log masuk ke Netflix, tekan gambar profil, pilih Pindahkan Profil, tekan Mulakan Pemindahan Profil dan pilih Akaun Baharu.