Netflix Kini Mempunyai 277 Juta Pelanggan – 45% Pelanggan Baharu Memilih Pelan Dengan Iklan

TechnologyDigital
19 Jul 2024 • 10:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pelan langganan Neflix dengan iklan diumumkan pada tahun 2022 dengan ia ditawarkan pada harga lebih rendah tetapi pengguna akan diganggu dengan iklan seperti YouTube tanpa langganan Premium. Kini Netflix mengatakan 45% pelanggan baharu mereka memilih pelan ini di pasaran di mana ia ditawarkan. Ini adalah jauh menyimpang daripada ramalan yang mengatakan pengenalan pakej ini akan mendatangkan impak negatif kepada Netflix.

image is not available

Turut didedahkan jumlah pelanggan pelan dengan iklan meningkat 34% pada suku lalu. Mereka kini mempunyai 277.65 juta pelanggan dengan in ialah peningkatan 8.05 juta pelanggan baharu berbanding suku sebelumnya.

Sambutan yang menggalakkan ke atas pelan dengan iklan ini mungkin menjadi pemangkin Netflix berani menamatkan pelan Basic tanpa iklan yang ditawarkan mereka sebelum ini. Hakikatnya terdapat sejumlah besar pelanggan yang tidak kisah menonton iklan asalkan dapat mengurangkan kos langganan.

Langkah Netflix ini kemudian diikuti oleh perkhidmatan penstriman lain seperti Disney+. Di Malaysia pelan dengan iklan ini masih belum ditawarkan. Tetapi jangan terkejut jika ia ditawarkan kelak kerana model perniagaan ini jelas berjaya.